Sunday, August 18, 2013

Rekod baru julang Nicholas sebagai Juara


17 Ogos 2013, Bandar Kinrara : Nicholas Fung mencipta rekod permainan terendah di lapangan golf, Kelab Golf Kinrara untuk menjulang diri beliau sebagai juara PGM I&P Group Championship 2013, apabila melakukan permainan cemerlang 62pukulan, -11 di bawah par di hari terakhir kejohanan.
Nicholas Fung © PGM Tour / Arep Kulal
Nicholas, 23tahun, menjulang kejuaraan kedua dalam siri jelajah PGM Malaysia apabila sebelum ini beliau muncul juara dalam kejohanan golf PGM UMW Templer Park Masters pada bulan Jun yang lalu. 
Walaupun sekadar mendahului dengan satu pukulan pada permulaan permainan hari keempat di hadapan Arie Fauzi, Nicholas mempamerkan taring permainan beliau seawal 5lubang pertama apabila membenam 2birdie sebelum melakukan 5birdie pada 6lubang terakhir sebelum menamatkan permainan. 
"Segala-galanya amat sempurna pada hari ini. Saya sendiri terkejut dengan permainan cemerlang dan rekod ini. Apa yang pasti, 'putting' saya amat baik dan saya berjaya melakukan birdie untuk menjarakkan diri dari pesaing saya"- ujar Nicholas ketika ditemui wartawan. 
Dengan kemenangan ini, Nicholas membawa pulang hadiah wang tunai RM25,200  beserta bonus hasil dari rekod cemerlang bernilai RM5,000 sumbangan I&P Group. 

Keputusan Penuh:
265 – Nicholas Fung 64-70-69-62
276 – Arie Fauzi 72-64-68-72, Khor Kheng Hwai 70-68-71-67, Sukree Othman 75-67-68-66
278 – Airil Rizman 69-70-68-71, Shaaban Hussin 72-70-70-66, R. Nachimuthu 66-72-71-69
279 – Iylia Jamil 72-71-68-68
280 – Kemarol Baharin 69-73-70-68, Rahizam Ramli 69-69-73-69


No comments:

Post a Comment