Sunday, August 4, 2013

HARGA TIKET MALAYSIA vs BARCELONA

Buat peminat pasukan Barcelona khususnya yang ingin menyaksikan pasukan kegemaran secara dekat dimaklumkan harga tiket perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Ogos ini,difahamkan telah ditetapkan pada harga serendah RM98. Meskipun diwartakan sebagai murah, bagi segelintir penyokong pastinya menggangap harga tiket ini adalah terlalu mahal. Perkara ini disebabkan kerana penganjur terpaksa membayar kos tinggi bagi membawa pasukan gergasi Sepanyol itu ke Malaysia. Dalam pada itu,tiket-tiket berharga RM98, RM168, RM208, RM288, RM388 dan RM688 kini sudah boleh dibeli di pejabat iLasso di Phileo Damansara II, cawangan-cawangan Rock Corner di 1 Utama, Subang Parade, Mid Valley, KLCC dan The Curve atau secara online di laman web www.ilassotickets.com

No comments:

Post a Comment