Monday, August 5, 2013

Beregu Wanita tidak letak sebarang sasaran


Guangzhou: Jurulatih beregu wanita, Rosman Razak tidak meletakkan sebarang sasaran ke atas tiga gandingan bimbingannya pada Kejohanan Dunia yang bermula hari ini sebaliknya mahu menjadikan kejohanan berprestij itu medan menilai perkembangan mereka untuk perancangan jangka masa panjang.


Menurut Rosman, apa yang lebih penting adalah keserasian gandingan beregu ini dan peningkatan yang mampu ditunjukkan oleh mereka. 
Vivian Hoo dan Woon Khe Wei antara pasangan beregu wanita yang menjadi tumpuan 

"Ini adalah penampilan pertama mereka di Kejohanan Dunia, jadi saya mahu mereka rasai dulu suasana sebenar beraksi dalam kejohanan besar seperti ini. Selepas itu saya akan mendapatkan maklum balas daripada mereka." ujar Rosman 



Pada edisi ke-20 kali ini, tiga beregu wanita di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) layak beraksi diketuai Vivian Hoo-Woon Khe Wei, Goh Liu-Lim Yin Loo dan Amelia Anscelly-Soong Fie Cho termasuk satu pasangan profesional, Ng Hui Ern-Ng Hui Lin.

No comments:

Post a Comment