Sunday, August 11, 2013

Penantian Iain Steel berakhir - Rakyat Malaysia pertama julang kejuaraan ADT di luar Malaysia

Iain Steel of Malaysia - Pix ©Sukan Malaysia / Asian Tour

Taipei, 11 Ogos : Penantian pemain golf Malaysia, Iain Steel, untuk muncul juara dalam kejohanan golf jelajah pembangunan Asia (ADT) akhirnya berakhir apabila beliau berjaya menjuarai kejohanan golf Ballantine's Taiwan, di Sunrise Golf and Country Club, Taipei Taiwan. 
Selepas bersaing selama 4 hari, Steel muncul rakyat Malaysia pertama menjuarai kejohanan golf jelajah pembangunan Asia di luar Malaysia, apabila mencatatkan 277 pukulan, 11 di bawah par untuk muncul juara dalam kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$110,000 yang juga merupakan hadiah terbesar yang ditawarkan dalam sirkit kejohanan golf jelajah pembangunan Asia (ADT).
Ketika tumpuan tertumpu kepada peserta tuan rumah, Lee Chieh-po dan Yeh Wei-tze yang mendahului pada hari ketiga kejohanan, Steel yang bermula 6 kumpulan di hadapan pendahulu kejohanan, bermain cemerlang dengan mencatatkan 64pukulan, 8 di bawah par ketika rata-rata pemain gagal menguasai lapangan golf Sunrise di hari terakhir kejohanan. 
Kemenangan di Ballantine's Taiwan, ternyata sesuatu yang amat diharapkan oleh Steel setelah beliau melalui musim yang mengecewakan dalam siri jelajah asia sejak 2 tahun yang lalu disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya. 
Iain Steel of Malaysia - Pix ©Sukan Malaysia / Asian Tour
'Kejuaraan ini amat bermakna buat saya. Ia sudah pastinya memberi saya semangat baru. Kecederaan belakang yang saya alami sejak 2 tahun yang lalu hampir memutuskan harapan saya untuk terus beraksi dalam siri jelajah asia. Namun saya terus berusaha dan berusaha untuk pulih dan yakin mampu kembali memberi saingan dan akhirnya minggu ini saya membuktikan bahawa saya telah kembali', ujar Steel ketika ditemui para wartawan.
Dengan kemenangan ini juga Steel, 42 tahun, yang merupakan antara pemain golf yang berpengalaman di dalam siri jelajah Asia, merupakan satu-satunya pemain bukan dari Taiwan yang berjaya memenangi kejohanan siri jelajah pembangunan (ADT) di Taiwan.
Keputusan Penuh:-
277 – Iain STEEL (MSA) 73-70-70-64
278 – Daniel BRINGOLG (AUS) 70-72-67-69
280 – Steve LEWTON (ENG) 65-67-76-72, YEH Wei-tze (TWN) 70-70-67-73
281 – Lindsay RENOLDS (CAN) 68-71-69-73, LEE Chieh-po (A) (TWN) 70-70-67-74
283 – LU Wei-chih (TWN) 72-70-69-72
284 – LU Wen-teh (TWN) 78-68-71-67, HUNG Chien-yao (TWN) 71-70-74-69, CHANG Tse-Peng (TWN) 72-70-70-72, CHAN Yih-shin (TWN) 74-70-68-72, Darren TAN (AUS) 72-72-68-72, Grant JACKSON (ENG) 70-70-71-73
sumber berita : Asian Tour

No comments:

Post a Comment