Sunday, August 4, 2013

NICOL KE SUKU AKHIR


4 Aug 2013, Cali, Colombia : Ratu skuasy negara, Nicol David membuktikan beliau berada di landasan terbaik untuk memburu pingat emas ketiganya di Sukan Dunia apabila mara ke suku akhir pada temasya Sukan Dunia di Cali, Colombia semalam. 


Nicol, pemain nombor satu dunia dan merupakan pemain pilihan utama kejohanan, mudah menewaskan pemain Jerman, Franziska Hennes 11-3, 11-3, 11-4 untuk bertemu Sarah-Jane Perry dari England di suku akhir. 


Seorang lagi pemain wanita negara, Low Wee Wern yang diletakkan sebagai pemain pilihan kedua bagaimanapun tidak mengeluarkan peluh untuk mara selepas lawannya dari Pakistan, Maria Toor Pakay menarik diri. 
Nicole David

'Saya gembira melihat Nicol dan Beng Hee berjaya mara ke suku akhir di Sukan Dunia di Cali. Saya akan memberi terbaik menentang Emma esok untuk tiket ke separuh akhir', kata Wee Wern ketika ditemuramah para wartawan.


Sementara itu Peter Genever ternyata berpuas hati dengan pemain lelaki negara, Ong Beng Hee walaupun Beng Hee terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan  pemain Jerman, Raphael Kandra dalam pertarungan lima set 8-11, 11-7, 11-9, 6-11, 11-7.  Beng Hee bakal berdepan satu lagi cabaran besar apabila dijadual bertemu pemain pilihan kedua, Peter Barker dari England di suku akhir. 


'Dia kelihatan tidak menentu memandangkan dia sudah lama tidak beraksi. Tetapi dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk memenangi perlawanan itu', kata jurulatih Beng Hee, Peter Genever. 

No comments:

Post a Comment