Monday, August 5, 2013

FAM BELUM ADA CALON SESUAI

Datuk Hamidin Mohd Amin

Kuala Lumpur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan akan melantik bekas jurulatih Jerman, Rudi Voller (gambar) sebagai pengendali Harimau Malaya, tetapi bersedia mempertimbangkan permohonannya jika dia berminat. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata FAM belum ada calon pilihan termasuk bekas pemain Jerman itu yang dikatakan berminat mengambil alih tugas Datuk K Rajagobal yang akan menamatkan kontraknya Disember depan.

'Saya ingin menegaskan kami tidak menerima apa-apa permohonan dari bekas jurulatih Jerman itu yang dikatakan ingin membimbing Harimau Malaya” Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM

No comments:

Post a Comment