Tuesday, February 11, 2014

Felda United ikat Bujang Senang di Selayang


SELAYANG 11 Februari 2014 : Pemain Felda United, K.Thanaraj, mengasak penjaga gol Sarawak, Fadzley Abd Rahim, dalam  aksi perlawanan suku akhir Piala FA, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor. Felda United dan Sarawak terikat 1-1 dan akan beraksi dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Kuching Sarawak pada 18 Februari 2014 nanti. Gambar oleh Arep Kulal.

Thursday, February 6, 2014

Deruman Marquez terpantas

Aksi Marc Marquez ketika hari terakhir sessi ujian MotoGP2014 di Litar Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsuddin.
Juara MotoGP dunia, Marc Marquez dari Spain membuktikan mengapa beliau perlu dihormati sebagai Juara MotoGP dunia apabila menunggang dengan penuh yakin untuk mencatatkan masa terpantas sepusingan 1:59:533saat dalam sessi hari terakhir ujian MotoGP 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.
 Marquez  yang menunggang untuk pasukan Repsol Honda, ternyata menguasai Litar Sepang apabila terus mendominasi masa terpantas sepanjang 3 hari sessi ujian MotoGP ini dijalankan dan catatan masa 1:59:533saat pada hari terakhir ini merupakan rekod terpantas yang pernah dicatatkan dalam sessi ujian MotoGP di Litar F1, Sepang. Rekod terpantas sebelum ini dicatatkan ialah 1:59:607 yang dilakukan oleh Casey Stoner pada Februari 2012.
Bersemangat untuk terus mengekalkan gelaran juara dunia, Marquez menggunakan keadaan cuaca yang redup pada sessi sebelah pagi dengan menguji jentera Hondanya dan  dilihat lebih banyak menghabiskan masa beliau pada sessi sebelah petang dengan mengadakan perbincangan bersama jurutera pasukan.

Valentino Rossi dalam aksi pada hari terakhir sessi ujian MotoGP di Litar F1 Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsuddin
Sementara itu, bekas juara dunia MotoGP sebanyak 9 kali, Valentino Rossi yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing juga mencatatkan masa terbaik beliau di Litar F1 Sepang apabila berjaya mencatatkan 1:59.727saat.Turut sama berjaya mencatatkan kepantasan dibawah 2 minit ialah rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo yang mencatatkan masa 1:59:866 dan penunggang dari pasukan NGM Mobile Forward Racing, Aleix Espargaro yang mencatatkan masa 1:59:998saat.
Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.

Wednesday, February 5, 2014

Rossi puas hati

Aksi Valentino Rossi ketika menguji jentera Yamaha semasa sessi ujian MotoGP2014. Gambar oleh Arep Kulal
SEPANG 5 Februari 2014 : Bekas juara dunia MotoGP, Valentino Rossi dari Itali yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing mencatatkan masa terpantas 2:00:464saat pada hari kedua ujian Motogp2014 dalam rangka persediaan menghadapi musim baru MotoGP. Rossi yang ternyata berpuashati dengan jentera baru Yamaha memberitahu pemberita bahawa pasukannya kini telah bersedia dan berjaya mengatasi masalah sistem brek yang merupakan antara masalah yang dihadapinya pada saingan musim lalu.
'Motor saya kini lebih baik dan kawalan sistem brek yang menjadi masalah utama pada musim lalu telah berjaya diatasi oleh jurutera pasukan. Kini saya lebih yakin untuk menunggang' ujar Rossi.
Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.

Tuesday, January 28, 2014

Pahang tewas lagi.


PETALING JAYA 28 Januari 2014 : Pemain import Selangor, Junior Aparecido Gumaro, cuba mengatasi pemain pertahanan Pahang, Zeshan Rehman dalam aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2014 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Selangor berjaya mengatasi pasukan Pahang, 1-0 hasil jaringan Paulo Rangel do Nascimento pada minit ke 57. Gambar oleh Arep Kulal.

Saturday, January 25, 2014

Sime Darby berjaya senyapkan Amuk Tok Gajah


SELAYANG 25 Januari 2014 : Pemain pasukan KL Sime Darby, Fahrul Razi meraikan gol jaringan beliau bersama rakan sepasukan, William Mensah dalam perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor. KL Sime Darby berjaya menewaskan Pahang dengan jaringan 1-0 hasil jaringan tunggal Fahrul pada minit ke 61. Gambar oleh Arep Kulal.

Friday, January 24, 2014

ATM digigit Semut Merah di Selayang



SELAYANG 24 Januari 2014 : Ketua Pasukan ATM, Rezal Zambery diasak pemain Selangor PKNS, Mohd Aminudin dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor. Selangor PKNS berjaya menewaskan ATM dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Patrick Ronaldinho Wleh. Gambar oleh Arep Kulal

FELDA SEKADAR SERI DENGAN PENDATANG BARU


KELANA JAYA 24 Januari 2014 : Pemain Pasukan KL Felda United, Shahurain Abu Samah cuba mengatasi pemain Pulau Pinang PBAPP FC dalam aksi perlawanan Liga Premier Malaysia 2014, di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor. Felda United seri 1-1 dengan pasukan baru di Liga Premier, Pulau Pinang PBAPP FC. Gambar oleh Arep Kulal