Tuesday, February 11, 2014

Felda United ikat Bujang Senang di Selayang


SELAYANG 11 Februari 2014 : Pemain Felda United, K.Thanaraj, mengasak penjaga gol Sarawak, Fadzley Abd Rahim, dalam  aksi perlawanan suku akhir Piala FA, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor. Felda United dan Sarawak terikat 1-1 dan akan beraksi dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Kuching Sarawak pada 18 Februari 2014 nanti. Gambar oleh Arep Kulal.

Thursday, February 6, 2014

Deruman Marquez terpantas

Aksi Marc Marquez ketika hari terakhir sessi ujian MotoGP2014 di Litar Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsuddin.
Juara MotoGP dunia, Marc Marquez dari Spain membuktikan mengapa beliau perlu dihormati sebagai Juara MotoGP dunia apabila menunggang dengan penuh yakin untuk mencatatkan masa terpantas sepusingan 1:59:533saat dalam sessi hari terakhir ujian MotoGP 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.
 Marquez  yang menunggang untuk pasukan Repsol Honda, ternyata menguasai Litar Sepang apabila terus mendominasi masa terpantas sepanjang 3 hari sessi ujian MotoGP ini dijalankan dan catatan masa 1:59:533saat pada hari terakhir ini merupakan rekod terpantas yang pernah dicatatkan dalam sessi ujian MotoGP di Litar F1, Sepang. Rekod terpantas sebelum ini dicatatkan ialah 1:59:607 yang dilakukan oleh Casey Stoner pada Februari 2012.
Bersemangat untuk terus mengekalkan gelaran juara dunia, Marquez menggunakan keadaan cuaca yang redup pada sessi sebelah pagi dengan menguji jentera Hondanya dan  dilihat lebih banyak menghabiskan masa beliau pada sessi sebelah petang dengan mengadakan perbincangan bersama jurutera pasukan.

Valentino Rossi dalam aksi pada hari terakhir sessi ujian MotoGP di Litar F1 Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsuddin
Sementara itu, bekas juara dunia MotoGP sebanyak 9 kali, Valentino Rossi yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing juga mencatatkan masa terbaik beliau di Litar F1 Sepang apabila berjaya mencatatkan 1:59.727saat.Turut sama berjaya mencatatkan kepantasan dibawah 2 minit ialah rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo yang mencatatkan masa 1:59:866 dan penunggang dari pasukan NGM Mobile Forward Racing, Aleix Espargaro yang mencatatkan masa 1:59:998saat.
Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.

Wednesday, February 5, 2014

Rossi puas hati

Aksi Valentino Rossi ketika menguji jentera Yamaha semasa sessi ujian MotoGP2014. Gambar oleh Arep Kulal
SEPANG 5 Februari 2014 : Bekas juara dunia MotoGP, Valentino Rossi dari Itali yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing mencatatkan masa terpantas 2:00:464saat pada hari kedua ujian Motogp2014 dalam rangka persediaan menghadapi musim baru MotoGP. Rossi yang ternyata berpuashati dengan jentera baru Yamaha memberitahu pemberita bahawa pasukannya kini telah bersedia dan berjaya mengatasi masalah sistem brek yang merupakan antara masalah yang dihadapinya pada saingan musim lalu.
'Motor saya kini lebih baik dan kawalan sistem brek yang menjadi masalah utama pada musim lalu telah berjaya diatasi oleh jurutera pasukan. Kini saya lebih yakin untuk menunggang' ujar Rossi.
Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.