Monday, August 19, 2013

Analisa Pasukan Piala Malaysia 2013 - Kumpulan A

KUMPULAN A


SELANGOR 

Misi pemburuan kejuaraan kali ke 33 bakal diteruskan oleh pasukan Selangor pada saingan Piala Malaysia musim ini. 

Muncul selaku naib juara liga Super menerbitkan rasa keyakinan buat anak buah Irfan Bakti bagi merealisasikan impian tertangguh sejak dua musim lalu. 

Pengaruh pemain senior, Mohd Amri Yahyah pasti memberi kesan besar pada persembahan The Red Giants. Perkhabaran terbaru, Stadium Shah Alam dipilih sebagai pentas perlawanan akhir seharusnya menjadi tonik tambahan buat skuad Selangor. Diundi bersama ATM,Sime Darby dan Johor FA,Selangor dilihat antara calon untuk mara ke pusingan suku akhir.











 

ATM 
Ditunjangi oleh barisan berpengalaman dalam kancah bolasepak tanahair dan penjaring terbanyak liga Super, Marlon Alex James, pasukan bimbingan B.Satianathan dilihat berpeluang cerah untuk melepasi peringkat kumpulan dan mengulangi pencapaian musim lalu mara ke perlawanan akhir. Namun faktor kecederaan yang sering melanda pemain tonggak mereka seperti Hairuddin Omar dan Marlon Alex James bakal memberi kesan dalam persembahan sepertimana ketika saingan liga Super. Meskipun mempunyai keyakinan tinggi untuk mencipta sesuatu, The Gladiators sedar halangan berliku menanti mereka dalam saingan musim ini.









 




KL SIME DARBY FC

Biarpun hanya berstatus kelab namun kejayaan muncul selaku naib juara Liga Premier pasti menjadi tonik semangat buat Sime Darby untuk membuktikan kewibawaan mereka dalam saingan Piala Malaysia. Dibimbing oleh pengendali tempatan, Ismail Zakaria, pasukan Sime Darby yang pernah mengecap aksi akhir Piala FA musim 2012 dijangka berdepan laluan sukar ketika berdepan pasukan Selangor dan ATM. Namun kebijaksanaan Ismail Zakaria dalam mengatur strategi ampuh mampu memberi harapan untuk Sime darby mencuri satu slot ke peringkat suku akhir.









 



JOHOR FA

Ketika tumpuan lebih terarah kepada pasukan 'abang mereka, pasukan Johor dilihat bukan pasukan 'underdog' dalam kumpulan A. Biarpun pemain dan jurulatih mereka silih berganti, namun kehadiran Johor tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga mampu mencipta kejutan. Walaupun apa sahaja boleh berlaku dalam pertandingan Piala Malaysia, ramalan tetap mengatakan Johor FA pastu bergelut untuk memburu tiket ke peringkat suku akhir.









 Tanpa barisan bintang, pasukan kelas kedua ini pasti menyimpan hasrat untuk membuktikan sesuatu dikala tumpuan lebih diberi kepada pasukan Johor Darul Takzim.


Disediakan oleh : Md Duang © Sukan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment