Friday, August 9, 2013

Chong Wei mudah ke Separuh Akhir

GUANGZHOU, 9 Ogos - Datuk Lee Chong Wei membuktikan mengapa beliau masih pemain no 1 dunia apabila dengan mudah melangkah ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia dengan menewaskan pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto 21-6, 21- , dalam perlawanan yang mengambil masa selama 30minit.

Datuk Lee Chong Wei © Sukan Malaysia Online
Chong Wei yang kelihatan tenang mengawal gelanggang dengan mempamerkan permainan bertahan dan menyerang ternyata bukan lawan Tommy apabila mudah menewaskan Tommy 21-6 pada set pertama yang mengambil masa 14minit. 


Tommy, anak kepada lagenda badminton Indonesia, Icuk Sugiarto, yang diramalkan mampu memberi saingan kepada Chong Wei, cuba bangkit pada set kedua permainan tetapi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Tommy serta permainan jaring yang baik oleh Chong Wei menggagalkan kebangkitan beliau di set kedua. 

Melepasi mata 11 di set kedua permainan, Chong Wei tidak langsung memberi ruang kepada Tommy dengan terus mengutip mata demi mata dan menamatkan set kedua dengan 21- dalam masa 16minit. 

Gembira dengan kemenangannya, Chong Wei yakin beliau mampu mengekalkan momentum permainannya apabila bertemu pemain no 3, dari China, Pengyu Du, dalam perlawanan separuh akhir esok. 

"Selepas pusingan ketiga, saya kembali menemui rentak dan Tommy tidak dapat mengikut corak permainan saya. Saya kini lebih berkeyakinan," katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Chong Wei menang tujuh kali dan tewas sekali kepada Pengyu, iaitu pada Kejohanan BWF Super Series di Taiwan pada Disember lepas, apabila beliau menarik diri akibat kecederaan di pusingan awal.

"Saya akan membuat persediaan yang lebih baik dari segi fizikal dan mental bertemu Pengyu kerana sudah tentu perlawanan esok lebih sengit," katanya.

"Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, kejohanan ini amat penting dan saya akan lakukan yang terbaik," katanya.








No comments:

Post a Comment