Laporan oleh : Al Zaem
Walaupun Malaysia tidak menurunkan kesebelasan utama,
pemain-pemain yang disandarkan harapan untuk meraih kemenangan adalah barisan
kedua terbaik yang dimiliki Ong Kim Swee dalam Pestabola Merdeka edisi ke-41
kali ini.
Rozaimi meraikan kejayaan menjaringkan gol untuk pasukan Malaysia. : Gambar oleh : MS Wan |
Skuad Harimau Muda A (HM A) meneruskan momentum kemenangan apabila mengatasi Pilihan Thailand 3-0 di Stadium Darul Makmur malam tadi. Kim Swee dilihat melakukan rombakan besar-besaran ketika turun menentang Pilihan Thailand yang turun dengan misi mahu layak ke final dengan hanya mengekalkan Izham Tarmizi di gawang, Fadhli Shas dan Zubir Azmi (pertahanan) serta D. Saarvindran di bahagian sayap.
Penyerang prolifik, Rozaimi Abd Rahman membalas kepercayaan
Kim Swee dengan dua gol menariknya pada minit ke-27 dan 79. Dalam dua aksi
sebelum ini, Kim Swee telah memberi peluang kepada A. Thamil Arasu dan
penyerang Negeri Sembilan, S. Sivanesan beraksi sekali dalam perlawanan pertama
menentang Singapura. Sebelum itu, Nasir Basharuddin membuka jaringan buat skuad
HM A seawal minit ke-11 dengan percubaan kaki kiri dari luar kotak penalti
selepas sepakan penjuru Nazirul Naim ditumbuk keluar penjaga gol lawan,
Abeefaesan Ya.
Beberapa peluang untuk menjaringkan gol turut disia-siakan D.
Saarvindran dan S. Sivanesan dalam perlawanan ini. Sivanesan dilihat bijak
mencari ruang buat dirinya untuk melepaskan diri dari kawalan pertahanan lawan
namun beberapa siri percubaan darinya sedikit tumpul Sementara pemain serba
boleh, Saarvindran tampak mengambil alih peranan yang dimainkan Wan Zack Haikal
yang direhatkan dengan kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan lawan dengan
larian pantas dan kawalan bolanya yang kemas.
Penyerang Pilihan Thailand, Pakorn Prempak yang cemerlang
dalam dua aksi sebelum ini dan turut dijangka mampu menggugat barisan anak muda
negara malam ini dilihat bergelut untuk terus memberikan aksi terbaiknya dengan
kawalan baik telah diberikan K. Reuben terhadapnya. Skuad kendalian Kim Swee
akan turun di pentas final Sabtu ini menentang Myanmar yang mengatasi Singapura
2-0 di Stadium Mini Temerloh.
No comments:
Post a Comment