Malaysia memulakan saingan di dalam Kejohanan Hoki
Wanita Piala Asia 2013 dengan langkah suram apabila tewas kepada China 0-3.
Malaysia tewas perlawanan pertama. | Gambar oleh : Azhari Yusop |
Dalam perlawanan yang berlangsung di Padang A,
Stadium Hoki Kebangsaan Bukit Jalil hari ini, pasukan Malaysia gagal menandingi
permainan kemas yang dipertontonkan oleh China. Gawang gol Malaysia dibolosi
pada minit ke 15 hasil jaringan Wang Mengyu. Perlawanan separuh masa pertama
tamat dengan Malaysia ketinggalan 0-1.
Malaysia tewas perlawanan pertama 0-3 kepada China. | Gambar oleh : Azhari Yusop |
Malaysia mempertingkatkan permainan pada separuh
masa kedua dalam usaha untuk mencari gol penyamaan namun kekentalan barisan
pertahanan China mengagalkan asakan Malaysia. China kemudian berjaya menambah
jaringan melalui Wang Mengyu (minit ke 52) dan Liang Meiyu (minit ke 68).
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A yang berlangsung
di Padang B, India membelasah Hong Kong 13-0.
Korea Selatan mudah menewaskan Kazakhstan. | Gambar oleh : Azhari Yusop |
Keputusan perlawanan Kumpulan B pula menyaksikan
Korea Selatan menewaskan Kazakhstan 12-1 dan Jepun menewaskan Taiwan 13-0.
Korea Selatan menewaskan Kazakstan 13-0. | Gambar oleh : Azhari Yusop |
No comments:
Post a Comment