Kejohanan ATP Terbuka Malaysia
akan bermula secara rasminya apabila semua saingan kelayakan tamat hari ini.
Permainan yang bakal menjadi
tumpuan adalah antara dua pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu Hyeong
Chung (Korea) dan Federico Delbonis (Argentina). Delbonis mengejutkan dunia Sukan
tenis apabila menewaskan Roger Federer pada peringkat separuh akhir Terbuka
Hamburg tahun ini. Beliau kini menduduki carta ke 58 pemain terbaik dunia.
Chung pula adalah finalis
Wimbledon Junior tahun ini dan bakal membuat penampilan sulungnya di Terbuka
Malaysia.
Peminat-peminat sukan tenis
tempatan pasti menanti perlawanan antara bintang tenis Malaysia, Mohd Assri
Merzuki yang akan bergandingan dengan pemain Sepanyol Pablo Carrena Busta pada
pertemuan dengan pasangan Uruguay -Argentina Pablo Cuevas dan Zeballos Horatio
dalam perlawanan ketiga esok. Cuevas dan Zeballos Berjaya ke peringkat separuh
akhir di Terbuka Perancis tahun ini.
Mohd Assri Merzuki akan turun dalam perlawanan beregu esok. |
Dalam pada itu saingan pemain
Malaysia pada kategori perseorangan berakhir apabila Ashaari Zainal tidak dapat
mengekalkan prestasi semalam ketika tewas kepada pemain no.124 Matteo Viola. Ashaari yang mengimpikan untuk menggalas saingan Malaysia pada pusingan pertama kejohanan tahun ini gagal apabila tewas mudah kepada pemain dari Itali, 0-6, 1-6.
Ashaari Zainal gagal melepasi saingan kelayakan apabila tewas 0-6, 1-6 di tangan Matteo Viola. |
No comments:
Post a Comment