Oleh : Al Zaem
Medan terakhir Sebelum sukan sea |
Jika sebelum ini, Datuk K. Rajagobal dilabel suka bereksperimen, kini tiba giliran jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee pula melakukan eksperimen ke atas skuadnya.
Kejohanan
Pestabola Merdeka 2013 umpama medan persediaan skuad Harimau Muda A mempertahankan
emas dalam temasya Sukan Sea di Myanmar penghujung tahun nanti.
Lebih
menarik, kejohanan sepuluh hari ini turut disertai tiga pasukan serantau yang pastinya
sedang rancak membuat persedian menjelang Sukan Sea iaitu Thailand, Myanmar dan
seteru seberang tambak, Singapura.
Bagi pengendalinya, Ong Kim Swee, kejohanan ini membolehkannya melihat samaada anak buahnya dapat mempamerkan persefahaman, kerana seperti yang semua maklum, skuad ini akan turut dibarisi beberapa tonggak dari pasukan yang beraksi di Liga Malaysia.
Pemain-pemain
ini bakal digabungkan dan keserasian serta kombinasi mereka bakal diuji dan
hanya yang terbaik bakal membawa cabaran negara ke Myanmar nanti.
“Ini
(Pestabola Merdeka)adalah ujian pemanas badan yang baik sebelum kita berdepan
aksi sebenar di Myanmar nanti,” ujar Kim Swee sejurus pulang dari latihan pusat
Harimau Muda di Eropah.
Para penyokong pastinya ingin melihat ‘buah tangan’ yang telah di bawa pulang oleh pemain-pemain ini sekembalinya mereka dari Eropah selepas hampir lima bulan berkelana.
Kim
Swee tetap menegaskan yang objektif utama pasukannya adalah Sukan Sea kerana di
situlah keberhasilan lima bulan latihan di Eropah dapat dinilai. Namun, Kim
Swee masih memberi jaminan yang skuadnya akan memberi komitmen 100 peratus
dalam kejohanan ini nanti sambil mengharapkan pemainnya dapat beraksi di tahap
yang tertinggi.
Persiapan terkini pasukan terlibat
Singapura
menghantar skuad terdiri daripada 22 pemain yang bakal diketuai oleh penjaga
gawang Lions XII, Izwan Mahbud. Setelah diteliti, 12 pemain yang dibawa adalah
daripada skuad Lions XII yang sedang beraksi dalam aksi Piala Malaysia 2013.
Ayeyawaddy
United dan Yangon United adalah antara kelab tempatan yang menjadi ‘santapan
terakhir’ skuad bawah 23 tahun Myanmar sebelum mereka mula berangkat ke
Kuantan, Pahang, sabtu ini.
Sementara
itu, Thailand dikhabarkan akan hanya menghantar pasukan yang terdiri daripada 16
pemain dari pasukan Divisyen Dua Liga Thailand (Zon Selatan), Nara United FC
dan bukanlah skuad bawah 23 tahun mereka.
Setakat
ini, belum ada pengesahan rasmi dari pihak Persatuan Bolasepak Thailand
mengenai perkara ini walaupun jadual perlawanan liga kelab terbabit telah
diubah untuk membolehkan para pemainnya menyertai kejohanan ini.
Walaupun
tidak menyertai kejohanan yang bakal bermula 7 September ini, Indonesia
diberitakan menghantar wakilnya untuk ‘merisik’ kekuatan skuad Harimau Muda
untuk persediaan mereka menjelang Sukan Sea nanti.
Congakkan skuad Harimau Muda A
Penjaga gol:
Tiada
masalah buat Izham Tarmizi untuk
menjadi pilihan utama akibat ketiadaan Farhan Abu Bakar yang tersisih akibat
kecederaan.
Pengalaman Fadhli Shas amat ditagih Ong Kim Swee |
Pertahanan:
Kim
Swee dilihat akan meletakkan gandingan yang sama ketika beraksi di Sukan
Universiti Dunia, Julai lalu, iaitu Shahrul
Saad dan K. Rueben untuk bersama
Fadhli Shas membentuk benteng
pertahanan. Kehadiran Zubir Azmi bakal
mengukuhkan benteng di sebelah kiri.
Selain
itu, kredibiliti Nik Shahrul Azim
dan Nazirul Naim juga tidak boleh
dipertikai dan mungkin boleh tersenarai dalam kesebelasan utama sekiranya
berjaya memikat hati Kim Swee.
Nazmi mampu menjadi jeneral dibahagian tengah negara |
Tengah:
Di posisi tengah, kreativiti dan hantaran kemas Nazmi Faiz Mansor mungkin ditagih Kim Swee dan bakal bergandingan bersama kapten HM A, Irfan Fazail. Kim Swee juga tampak masih menguji pilihan lain seperti Junior Eldstal dari pasukan Sarawak serta gandingan Irfan di Sukan Universiti Dunia tempohari iaitu Saiful Ridzuwan.
Pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor pastinya bakal digunakan sepenuhnya untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian pantas dan kelincahannya.
Tidak dilupakan, pemain tengah serba boleh, D. Saarvindran yang beraksi cemerlang dan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan (kecuali ketika tewas kepada Great Britain) di Kejohanan Universiti Dunia.
Turut perlu diberikan perhatian kehadiran penjaring lima gol untuk Negeri Sembilan setakat ini dalam aksi Piala Malaysia iaitu S. Sivanesan.
Penyerang
Bergantung
pada taktikal yang akan digunakan Kim Swee, jentera serangan tampak tiada
masalah kerana memiliki banyak pilihan sekiranya diperlukan. Antaranya
pilihan terbaik setakat ini adalah penjaring prolifik, Rozaimi Abd Rahman selain Thamil
Arasu serta Syahrul Azwari. Kim
Swee bebas menggunakan satu atau dua penyerang.
No comments:
Post a Comment