Kecewa. Pemain Malaysia tertunduk kecewa setelah gagal layak ke Separuh akhir |
24 September 2013 , Bukit Jalil : Misi pasukan hoki wanita negara untuk mencapai sasaran sekurang kurang nya mara ke perlawanan separuh akhir terkandas setelah mengalami kekalahan kedua diperingkat kumpulan keatas pasukan pilihan India dengan jaringan 0-2 sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Biarpun pasukan India bermula dengan agak agresif di separuh masa pertama namun anak anak buah Nasihin berjaya mengekang kemaraan pasukan India dan sesekali pasukan negara berjaya melakukan serangan balas yang hampir membuahkan hasil.
Namun kubu Malaysia bocor juga akhirnya di minit 39 melalui satu jaringan padang yang cantik oleh Poonam Rani. Belum sempat Malaysia menyusun rentak India sekali lagi menghasilkan jaringan melalui penyerang harapan mereka Lily Chanu pada minit ke 46.
Pemain India gembira apabila berjaya membolosi kubu Malaysia |
Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia cuba kembali menyusun gerakan namun hampa dengan barisan penyudah yang tumpul serta kekurangan idea dibarisan tengah. Malaysia hampir dihukum dengan jaringan ke 3 oleh Lily Chanu pada minit 62 namun jaringan tersebut dibatalkan setelah pengadil perlawanan melakukan pemeriksaan semula melalui rakaman video.
Penjaga gol Malaysia Farah Ayuni cuba menyelamatkan gawang negara |
Malaysia seharusnya berterima kasih kepada ketangkasan penjaga gol negara Farah Ayuni Yahya yang berjaya mengekang dan mempertahankan kubu negara dengan cemerlang dari dirobek oleh barisan penyerang India. Dengan keputusan ini Malaysia gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan hanya akan mampu bersaing dalam peringkat kelayakan 5/8 khamis ini.
Dalam perlawanan lain China menepati ramalan sebagai pasukan pilihan apabila berjaya membenam Hong Kong dengan jaringan 7-0. Manakala Korea Selatan berjaya membenam Taiwan 16-2 dan Jepun membenam Kazakhtan 12-0.
No comments:
Post a Comment