ATM
FC dan Sime Darby FC berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala
Malaysia 2013 apabila keputusan seri 1-1 membolehkan ATM kekal sebagai juara
kumpulan mengatasi Sime Darby dengan hanya perbezaan gol. Kedua-dua pasukan
menamatkan saingan kumpulan dengan 9 mata. ATM mendahului hasil jaringan
Amiridzwan Taj pada minit ke 3 namun Sime Darby menyamakan kedudukan pada minit
ke 39 melalui jaringan Fahrul Razi Kamaruddin. Dalam satu lagi saingan Kumpulan
A, Selangor berjaya menewaskan Johor 2-1
hasil jaringan S.Kunanlan dan Mohd Amri Yahyah namun kemenangan ini gagal
memperbaiki kedudukan Selangor apabila menamatkan saingan kumpulan pada
kedudukan terakhir. Gol tunggal Johor dijaringkan oleh Farid melalui tendangan penalti.
Karlo Primorac (Sime Darby) diasak oleh pertahanan pasukan ATM. | Gambar oleh : Azhari Yusop |
Kumpulan
B pula menyaksikan satu lagi tempat ke persaingan suku akhir Piala Malaysia
diisi oleh Johot Darul Takzim (JDT) walaupun ditewaskan oleh PKNS di gelanggang
sendiri. Gol-gol PKNS di Stadium Larkin dijaringkan oleh Reeshafiq Alwi (minit
ke 24) dan Roman Chemelo (min ke 64). JDT layak apabila menduduki tempat kedua
Kumpulan B. T-team gagal melepasi saingan peringkat kumpulan walaupun
menewaskan Felda United 2-1.
Juara
bertahan Piala Malaysia, Kelantan berjaya menduduki kedudukan pertama dalam
saingan Kumpulan C apabila menewaskan Pahang di Stadium Sultan Mohd IV dengan
jaringan 4-0. Indra Putra menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 25 sebelum
penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme meledakkan hatrik pada separuh
masa kedua. Pahang bagaimanapun turut layak ke saingan suku akhir Piala
Malaysia 2013 apabila Negeri Sembilan sekadar seri 2-2 dengan Terengganu.
Sarawak
berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2013 dari Kumpulan D
apabila menang bergaya ke atas pasukan Perak. Sarawak menewaskan Perak 6-1
hasil jaringan hatrik dari penyerang Bosnia, Muamer Salibasic. Lain-lain gol
dihasilkan oleh Khairi Kiman (gol sendiri), Bobby Gonzales dan Zamri Morshidi.
Gol saguhati Perak dijaringkan oleh Yong Kuong Yong. Harapan Kedah untuk mengikut
jejak langkah Juara Liga Perdana 2013 gagal menjadi kenyataan apabila
ditewaskan oleh Lions XII 1-3 di Stadium Darul Aman. Kelebihan bermain di
gelanggan sendiri tidak member erti apabila gol-gol hasil jaringan Hariss Harun
(minit ke 24), Baihakki Khaizan (minit ke 28) dan Hafiz Sujad (minit ke 65).
Kedah menjaringkan gol melalui Alen Guc pada minit ke 45.
Penyerang Kedah, Badrol Bakthiar cuba melepasi pertahanan Lions XII. | Gambar oleh : Ahmad Aki |
No comments:
Post a Comment