Laporan oleh : Md Duang
Ketua Pasukan Pahang, Mohd Razman menjulang Piala Sultan Ahmad Shah. Gambar oleh Arep Kulal |
Namun sebelum itu, skuad kendalian Ronald Smith ‘mengamuk’ seawal minit pertama menerusi Azamuddin Akil namun percubaannya dinafikan penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbub. Pahang dilihat lebih menguasai perlawanan hasil asakan melalui R.Gopinanthan di sayap kiri sambil Azamuddin Akil dan Matias Conti silih berganti mengancam kubu pertahanan lawan. Pada minit ke-26, gerakan menarik antara Azidan Sarudin dan Azamuddin hampir memecah kebuntuan namun sekali lagi Izwan Mahbub muncul penyelamat. Damion Stewart turut berpeluang membuka akaun jaringan namun tendangannya sekadar melewati palang gol.
Lions XII yang merupakan juara Liga Super musim 2013, juga berpeluang menguji Pahang namun dihampakan oleh kekebalan benteng Tok Gajah. Pemain pertahanan importnya, Zesh Rehman bergandingan baik dengan Damion Stewart bagi menyukarkan jentera serangan Lions XII yang diketuai oleh Khairul Amri.
Pada separuh masa kedua, percubaan Matias Conti hampir membuahkan hasil namun tandukannya pantas dikekang penjaga gol lawan. Matias Conti akhirnya menebus kehampaan apabila berjaya merobek gawang pada minit ke-57. Perlawanan yang berlangsung sengit itu menyaksikan tiga kad kuning dilayang oleh pengadil. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Pahang menjulang tropi pertama musim 2014.
No comments:
Post a Comment