Tuesday, February 11, 2014

Felda United ikat Bujang Senang di Selayang


SELAYANG 11 Februari 2014 : Pemain Felda United, K.Thanaraj, mengasak penjaga gol Sarawak, Fadzley Abd Rahim, dalam  aksi perlawanan suku akhir Piala FA, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor. Felda United dan Sarawak terikat 1-1 dan akan beraksi dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Kuching Sarawak pada 18 Februari 2014 nanti. Gambar oleh Arep Kulal.

Thursday, February 6, 2014

Deruman Marquez terpantas

Aksi Marc Marquez ketika hari terakhir sessi ujian MotoGP2014 di Litar Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsuddin.
Juara MotoGP dunia, Marc Marquez dari Spain membuktikan mengapa beliau perlu dihormati sebagai Juara MotoGP dunia apabila menunggang dengan penuh yakin untuk mencatatkan masa terpantas sepusingan 1:59:533saat dalam sessi hari terakhir ujian MotoGP 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.
 Marquez  yang menunggang untuk pasukan Repsol Honda, ternyata menguasai Litar Sepang apabila terus mendominasi masa terpantas sepanjang 3 hari sessi ujian MotoGP ini dijalankan dan catatan masa 1:59:533saat pada hari terakhir ini merupakan rekod terpantas yang pernah dicatatkan dalam sessi ujian MotoGP di Litar F1, Sepang. Rekod terpantas sebelum ini dicatatkan ialah 1:59:607 yang dilakukan oleh Casey Stoner pada Februari 2012.
Bersemangat untuk terus mengekalkan gelaran juara dunia, Marquez menggunakan keadaan cuaca yang redup pada sessi sebelah pagi dengan menguji jentera Hondanya dan  dilihat lebih banyak menghabiskan masa beliau pada sessi sebelah petang dengan mengadakan perbincangan bersama jurutera pasukan.

Valentino Rossi dalam aksi pada hari terakhir sessi ujian MotoGP di Litar F1 Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsuddin
Sementara itu, bekas juara dunia MotoGP sebanyak 9 kali, Valentino Rossi yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing juga mencatatkan masa terbaik beliau di Litar F1 Sepang apabila berjaya mencatatkan 1:59.727saat.Turut sama berjaya mencatatkan kepantasan dibawah 2 minit ialah rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo yang mencatatkan masa 1:59:866 dan penunggang dari pasukan NGM Mobile Forward Racing, Aleix Espargaro yang mencatatkan masa 1:59:998saat.
Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.

Wednesday, February 5, 2014

Rossi puas hati

Aksi Valentino Rossi ketika menguji jentera Yamaha semasa sessi ujian MotoGP2014. Gambar oleh Arep Kulal
SEPANG 5 Februari 2014 : Bekas juara dunia MotoGP, Valentino Rossi dari Itali yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing mencatatkan masa terpantas 2:00:464saat pada hari kedua ujian Motogp2014 dalam rangka persediaan menghadapi musim baru MotoGP. Rossi yang ternyata berpuashati dengan jentera baru Yamaha memberitahu pemberita bahawa pasukannya kini telah bersedia dan berjaya mengatasi masalah sistem brek yang merupakan antara masalah yang dihadapinya pada saingan musim lalu.
'Motor saya kini lebih baik dan kawalan sistem brek yang menjadi masalah utama pada musim lalu telah berjaya diatasi oleh jurutera pasukan. Kini saya lebih yakin untuk menunggang' ujar Rossi.
Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.

Tuesday, January 28, 2014

Pahang tewas lagi.


PETALING JAYA 28 Januari 2014 : Pemain import Selangor, Junior Aparecido Gumaro, cuba mengatasi pemain pertahanan Pahang, Zeshan Rehman dalam aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2014 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Selangor berjaya mengatasi pasukan Pahang, 1-0 hasil jaringan Paulo Rangel do Nascimento pada minit ke 57. Gambar oleh Arep Kulal.

Saturday, January 25, 2014

Sime Darby berjaya senyapkan Amuk Tok Gajah


SELAYANG 25 Januari 2014 : Pemain pasukan KL Sime Darby, Fahrul Razi meraikan gol jaringan beliau bersama rakan sepasukan, William Mensah dalam perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor. KL Sime Darby berjaya menewaskan Pahang dengan jaringan 1-0 hasil jaringan tunggal Fahrul pada minit ke 61. Gambar oleh Arep Kulal.

Friday, January 24, 2014

ATM digigit Semut Merah di Selayang



SELAYANG 24 Januari 2014 : Ketua Pasukan ATM, Rezal Zambery diasak pemain Selangor PKNS, Mohd Aminudin dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor. Selangor PKNS berjaya menewaskan ATM dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Patrick Ronaldinho Wleh. Gambar oleh Arep Kulal

FELDA SEKADAR SERI DENGAN PENDATANG BARU


KELANA JAYA 24 Januari 2014 : Pemain Pasukan KL Felda United, Shahurain Abu Samah cuba mengatasi pemain Pulau Pinang PBAPP FC dalam aksi perlawanan Liga Premier Malaysia 2014, di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor. Felda United seri 1-1 dengan pasukan baru di Liga Premier, Pulau Pinang PBAPP FC. Gambar oleh Arep Kulal

Wednesday, January 22, 2014

PIALA FA 2014 : SELANGOR MUDAH RATAH HARIMAU MUDA C


PETALING JAYA 22 Januari 2014 : Pemain import Selangor, Paulo Ranger meraikan gol pertama Selangor dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2014 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor. Selangor menang 2-0 untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Gambar oleh Arep Kulal.

Kedah mula 'Garang' buka kempen Piala FA 2014

Penyerang Kedah, Khyril Muhymeen berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan K.Lumpur. Pix by Norazmi Ibrahim

ALOR SETAR 21 JAN 2014 : Pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Liga Perdana musim ini iaitu Kedah memulakan kempen Piala FA 2014 dengan aksi garang apabila membenam cabaran Kuala Lumpur dengan jaringan besar 4-0.

Pahang 'terselamat' di IPOH.

Pemain Pahang,  Matias Conti cuba melepasi pemain Perak dalam aksi Piala FA 2014. Pix by Md Shah

IPOH 21 JAN 2014 : Pasukan Juara Piala Malaysia 2013, Pahang hampir lemas di Ipoh apabila diberi tentangan sengit dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA 2014 di Stadium Perak, malam tadi. Kecemerlangan, penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Perak, menyelamatkan pasukan Pahang untuk terus melangkah ke pusingan seterusnya.

Sunday, January 19, 2014

Chong Wei menang untuk kali ke 10 !



BUKIT JALIL 19 Januari 2014 : Datuk Lee Chong Wei mencium piala kemenangan apabila muncul juara untuk kali ke 10 di kejohanan badminton dunia Super Series Premier Maybank Malaysia Open 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil. Chong Wei menewaskan Tommy Sugiarto 21-19, 21-9 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki. Pix by Arep Kulal.

Beregu Malaysia muncul Juara !


BUKIT JALIL 19 JAN 2014 : Goh V Shem and Lim Khim Wah of Malaysia poses with the medal after winning the Men Double Final during the BWF Superseries Premier, Maybank Malaysia Open at the Putra Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Goh and Lim beat Chai Biao and Hong Wei of China in straight set 21-19, 21-18 to win the title. Pix by Arep Kulal

Saturday, January 18, 2014

ATM bermula dengan langkah kanan.


Pemain Sarawak cuba mengatasi pemain ATM dalam perlawanan Liga Super 2014. Gambar oleh MS Wan
ATM membuktikan mengapa mereka merupakan antara pencabar yang harus dihormati dalam persaingan Liga Super 2014, apabila mudah meratah pasukan Sarawak, dengan jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Bermula agak perlahan, Sarawak dilihat lebih dulu mengasak dan menyerang ke kawasan ATM. Pertahanan baru ATM, Space Dilevksi terlebih dahulu diuji oleh barisan penyerang Sarawak, namun Dilevksi ternyata tenang mengawal benteng beliau dan bijak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Tertekan dengan corak permainan menyerang pasukan Sarawak, ATM mula mengatur corak permainan melalui Juan Arostegui yang bertindak sebagai general ditengah padang mengantikan Bruno Marteleto yang tidak diturunkan akibat kecederaan.

K Reuben diasak oleh pemain Sarawak dalam perlawanan Liga Super 2014. Gambar oleh MS Wan.
Hasil satu gerakan dari jentera tengah pada minit ke 15, Marlon berjaya meloloskan diri dari perangkap offside pasukan Sarawak dan melambungkan bola melepasi penjaga gol Sarawak, Sani Anuar untuk gol pertama pasukan ATM.

Marlon sekali lagi berjaya melepasi perangkap offside pasukan Sarawak pada minit ke 24, namun sepakan Marlon melepasi palang gol walaupun sekadar berhadapan dengan penjaga gol Sarawak.

Ketika pasukan Sarawak cuba mencari semula rentak permainan, Christie Jayaseelan yang menerima umpanan dari Arostegui bijak mengawal bola dan melepasi dua pemain pertahanan Sarawak sebelum melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol Sarawak untuk gol kedua pasukan ATM pada minit ke 35.

Sarawak kembali mengasak melalui rangkaian penyerang import, Milorad Janjus dan Alireza Abasfrad, namun Syed Adney membuktikan mengapa beliau layak menjadi penjaga gawang no 1 ATM apabila mengagalkan 3 peluang satu lawan satu dihadapan pintu gol ATM. 

Separuh masa kedua permainan menyaksikan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan demi serangan namun kegagalan penyerang kedua-dua pasukan mencetak jaringan menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan ATM berjaya menewaskan Sarawak dengan 2-0.




Pahang Juara Piala Sultan Ahmad Shah 2014

Laporan oleh : Md Duang

Ketua Pasukan Pahang, Mohd Razman menjulang Piala Sultan Ahmad Shah. Gambar oleh Arep Kulal 
Sentuhan Matias Conti sekali lagi berjaya membantu Pahang apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-37 sudah cukup membawa Tok Gajah muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah pada musim ini seterusnya mengutip tiga mata berharga Liga Super Malaysia 2014. Walaupun Matias Conti hanya tampil selaku pemain gantian pada minit ke 14 menggantikan penyerang import baru, Dickson Nwakaeme mengalami kecederaan pangkal peha, Matias Conti tidak menunggu lama untuk memberi impak.
Namun sebelum itu, skuad kendalian Ronald Smith ‘mengamuk’ seawal minit pertama menerusi Azamuddin Akil namun percubaannya dinafikan penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbub. Pahang dilihat lebih menguasai perlawanan hasil asakan melalui R.Gopinanthan di sayap kiri sambil Azamuddin Akil dan Matias Conti silih berganti mengancam kubu pertahanan lawan. Pada minit ke-26, gerakan menarik antara Azidan Sarudin dan Azamuddin hampir memecah kebuntuan namun sekali lagi Izwan Mahbub muncul penyelamat. Damion Stewart turut berpeluang membuka akaun jaringan namun tendangannya sekadar melewati palang gol.


Lions XII yang merupakan juara Liga Super musim 2013, juga berpeluang menguji Pahang namun dihampakan oleh kekebalan benteng Tok Gajah. Pemain pertahanan importnya, Zesh Rehman bergandingan baik dengan Damion Stewart bagi menyukarkan jentera serangan Lions XII yang diketuai oleh Khairul Amri.

Pada separuh masa kedua, percubaan Matias Conti hampir membuahkan hasil namun tandukannya pantas dikekang penjaga gol lawan. Matias Conti akhirnya menebus kehampaan apabila berjaya merobek gawang pada minit ke-57. Perlawanan yang berlangsung sengit itu menyaksikan tiga kad kuning dilayang oleh pengadil. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Pahang menjulang tropi pertama musim 2014.

Friday, January 17, 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA KEMBALI

Laporan Oleh : Md Duang
Liga Bolasepak Malaysia 2014 bakal bermula hari ini apabila Juara Piala Malaysia 2013, Pahang bakal menerima kunjungan Juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII. Pahang yang mendapat sentuhan Ronald Smith pastinya ingin menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri pasti ingin merebut gelaran sebagai juara Piala Sumbangsih sekaligus meraih tiga mata sulung Liga Super untuk memastikan permulaan yang baik untuk musim 2014.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013.
Juara Piala Malaysia musim lalu, skuad Tok Gajah dilihat semakin mantap dengan kehadiran pemain pertahanan import yang baru iaitu Zesh Rahman selain Dickson Nwakame. Gandingan pemain-pemain import yang baru ini pasti akan mengukuhkan pasukan yang turut mengekalkan tonggak import yang cemerlang tahun lalu iaitu Matias Conti dan Damion Stewart.

Kelibat Dickson Nwakame mampu menambah sengat serangan pasukan Pahang.
Manakala skuad Lions XII yang menagih khidmat bekas pengendali JDT, Fandi Ahmad juga memasang impian untuk membuka ‘langkah kanan’ dalam saingan liga Super musim ini. Dengan status selaku juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII pastinya tidak rela tumbang di hadapan puluhan ribu penonton yang dijangka memenuhi segenap penjuru Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Bahang perlawanan pembukaan tirai musim baru ini semakin hangat dan hanya menunggu detik tiupan wisel permulaan sebagai simbolik bermulanya saingan Liga Malaysia 2014. Setelah menyiapkan pasukan sepanjang aksi pra musim, kini tiba masa untuk diterjemahkan di pentas sebenar.